Curah air gelegak, lima lelaki dipenjara lima hari

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 27 May 2017 04:01:18

Lima lelaki dipenjara dan didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah belasah dan curah air panas gelegak ke atas seorang pemuda.Lima lelaki dipenjara dan didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah belasah dan curah air panas gelegak ke atas seorang pemuda.SHAH ALAM, 27 Mei — Lima lelaki dipenjara dan didenda kerana membelasah dan mencurah air panas menggelegak ke atas seorang lelaki.

Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM6,000 setiap seorang selepas mereka mengaku salah, lapor Kosmo!

Mereka dituduh menyerang Mohamad Norarif Ab Latiff, 25 dan memiliki satu termos mengandungi air panas.

Tiga lagi tertuduh tidak mengaku bersalah dan diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Kes disebut semula 6 Jun depan.

Pada 20 Mei lalu, Mohamad Norarif diserang sekumpulan lelaki di Jalan Mawar 1, Kampung Paya Jaras Hilir, dekat sini.

Mengikut Harian Metro, kejadian itu berikutan mangsa didakwa menjalin hubungan dengan isteri bekas penyanyi kumpulan rock yang dalam proses bercerai.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts