Daerah Ranau Pasti Sesak Pada Musim Cuti

by Oh! Semput


11
SHARES
148
VIEWS
Posted on 31 Dec 2016 01:00:13

RANAU: Keadaan kesesakan lalu lintas di Daerah Ranau semakin ketara dan meningkat setiap kali musim cuti perayaan dan cuti sekolah sedikit sebanyak memberi kesan kepada terhadap Pekan Kundasang dan Pekan Ranau.

Ketika tinjauan New Sabah Times baru-baru ini, mendapati bahawa keadaan jalan raya di kedua-dua pekan berkenaan kian teruk dengan kesesakan berikutan musim cuti dan persekolahan.

Seperti di kawasan peranginan di Kundasang, lokasi yang sering berlakunya kesesakan jalan raya ialah di jalan Mesilou yang mempuyai banyak pusat peranginan antaranya tempat yang terkenal seperti Desa Cattle Dairy Farm.

Manakala jika di pasar sayur-sayuran pekan Kundasang, kesesakan berlaku berkemungkinan kawasan itu terletak berhampiran jalan raya utama.

Sementara itu di pekan daerah Ranau (dari Kundasang) laluan sentiasa sesak terutama pada musim bermula dari Kampung Kibbas dan Kampung Pinausok (Kundasang) bagi pemandu yang menuju ke Ranau. Situasi dalam pekan itu turut memberi kesan sehingga menyukarkan pemandu.

Seorang pemandu yang sempat ditemui Abbrone Glen Jemut, 23, berkata sebagai penduduk di daerah Ranau, mengakui terkejut melihat situasi sedemikian berbanding beberapa tahun lalu.

“Ketika pulang baru-baru ini, perjalanan saya untuk ke Ranau dari laluan Kundasang mengambil masa selama sejam. Bermula di Kampung Pinausok, jika bukan musim percutian, ia hanya mengambil masa selama 15 minit. ,” katanya lagi.

Abbrone yang mengambil kos Ijazah Sarjana Muda dalam Perbankan di Universiti Teknologi MARA (UITM) Kota Kinabalu turut menyatakan untuk mencari tempat meletak kereta di pekan Ranau pun sukar kerana bilangan kenderaan semakin bertambah terutama musim percutian dan hujung bulan (musim tamu).

“Saya mencadangkan kepada pihak berkenaan supaya tapak tamu dibina di kawasan lain agar dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sini, selain itu, kawasan tempat letak kereta harus dipertambahkan lagi untuk kebaikan pengguna kenderaan,” kata beliau.

Sementara bagi Max Gospel Pesin, peniaga di Pekan Ranau, katanya pekan ini adalah tumpuan utama tempat persinggahan. Apabila musim percutian, pemandu turut mengalami kesukaran akibat kekurangan tempat letak kereta.

“Ini turut menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di kawasan pekan ini, kerana hampir seluruh pengguna jalan raya terpaksa membuat ‘double park’ atau terus berpusing-pusing mencari parking ketika dalam keadaan sibuk,” kata Max yang menetap di Kampung Batu Dua Ranau.

Beliau juga berharap pihak yang bertanggungjawab membendung kesesakan lalu lintas dan menambah lagi tempat letak kereta disini.

Individu yang tidak ingin dikenali turut menceritakan keadaannya ketika mencari tempat kereta di Pekan Ranau. Oleh kerana kesukaran mencari tempat letak kereta, beliau pernah ditegur dan dimarahi oleh pihak berkuasa kerana meletak kereta di kawasan tong sampah.

“ Disebabkan kesukaran mencari ‘parking’, terpaksalah saya meletak kereta saya di sana dan secara tidak sengaja menyusahkan pihak terbabit,” kata beliau.

SESAK … Kesesakan lalu lintas sentiasa berlaku pada musim percutian di Kundasang.

Beliau yang yang berasal dari Kampung Lohan memberitahu keadaan lalu lintas dari rumahnya ke pekan itu turut terkesan dengan ‘kesesakan’dan mengambil masa setengah jam untuk tiba. Pendapat beliau sama dengan kedua responden iaitu pihak berwajib harus mengambil tindakan cepat bagi menangani perkara tersebut memandangkan ia semakin serius.

“ Bagi menangani masalah tersebut, mungkin pihak berkaitan boleh menambah jalan raya ataupun memasang lampu trafik,”

“ Selain itu, tempat meletak kereta di kawasan pekan harus ditambah bagi menampung tempat letak sedia ada, keadaan sesak sangat serius terutama semasa cuti umum dan cuti sekolah,” katanya lagi.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts