Daesh pelbagaikan taktik serangan – Europol

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 03 Dec 2016 14:01:11

Rangkaian pengganas seperti militan Daesh mengembangkan taktik mereka untuk menyerang sasaran mudah di Eropah dengan menggunakan bom kereta. – Foto BBC.com

THE HAGUE: Rangkaian pengganas seperti militan Daesh mengembangkan taktik mereka untuk menyerang sasaran mudah di Eropah dengan menggunakan bom kereta.

Agensi polis Eropah atau Europol dalam satu laporan menyebut, serangan militan ke atas negara anggota Kesatuan Eropah (EU) belum membabitkan penggunaan bahan letupan buatan tangan, komersial atau tentera atau peranti letupan ubah suai menggunakan kenderaan, seperti yang dilakukan di Syria atau Iraq.

“Namun, disebabkan teknik digunakan di Asia Barat sering ditiru pengganas beroperasi di Eropah, dipercayai kumpulan militan akan menggunakannya nanti,” katanya.

Laporan itu menyebut, kumpulan yang bertanggungjawab ke atas serangan di Paris setahun lalu dan di Brussels, Mac lalu, awalnya mahu menggunakan peranti seperti itu.

Militan membunuh 130 orang dalam serangan November 2015 di dewan konsert Bataclan, sejumlah bar dan restoran di timur Paris serta stadium nasional Perancis.

Di Belgium, pengebom bunuh diri menyerang lapangan terbang Brussels dan sebuah stesen metro berhampiran ibu pejabat EU 22 Mac lalu, mengorbankan 32 orang.

Laporan setebal 14 muka surat mengenai kaedah dan taktik digunakan Daesh juga menyebut, pakar antikeganasan bimbang pergolakan di Libya akan mencetuskan serangan Daesh ke atas EU dan Afrika Utara.”

Sejak pemberontakan bersenjata lima tahun lalu, yang menggulingkan diktator Muammar Gaddafi, negara Afrika Utara itu dilingkari keganasan dan ketidakstabilan politik.

“Pakar menjangka Daesh akan mula merancang dan melancarkan serangan dari Libya,” katanya.

Laporan berkata, pasukan keselamatan Eropah menahan 667 suspek kerana disyaki melakukan aktiviti keganasan pada 2015. – AFP

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts