by Oh! Semput
Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Dr. Azman Ibrahim digesa tampil memohon maaf susulan kenyataannya yang mendakwa minyak negara tidak melalui Selat Hormuz.
Menurut laporan Utusan, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dakwaan itu tidak tepat kerana sekitar 46 peratus minyak yang diproses Petronas sebenarnya melalui laluan berkenaan.
Sebelum ini, Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu dilaporkan berkata kenaikan harga minyak di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri.

Foto arkib: Carian Google
Menurutnya, di perairan Terengganu sahaja terdapat kira-kira 120 pelantar minyak yang sedang beroperasi, walaupun jumlah itu boleh berubah mengikut keadaan semasa.
Sementara itu, Fahmi mengingatkan semua pihak agar tidak membuat tuduhan terhadap PETRONAS tanpa bersandarkan fakta yang tepat.

Foto arkib: Bernama
Beliau turut menegaskan bahawa bukan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang perlu mempertahankan kerajaan sebaliknya setiap anggota parti mempunyai peranan masing-masing.
: Utusan (Erma Yusnida Yusoh)