Raih 11A+ dalam SPM, anak peniaga pisang goreng dapat perhatian Pengerusi MARA

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 01 Apr 2026 07:04:33

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan semalam menyaksikan peningkatan ketara buat jumlah calon yang memperolehi semua A dalam subjek yang diambil.

Anak peniaga pisang goreng cemerlang SPM

Salah seorang daripada mereka merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Telok Kemang, Fakrul Iman apabila memperoleh 11A+ dalam kesemua subjek yang diambil.

Video yang dikongsikan pihak sekolah sewaktu dia dan bapa yang merupakan seorang peniaga pisang goreng melihat keputusan cemerlang tersebut telah tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai.

Pengerusi MARA akan bantu cadangkan nama ke program khas

Antara yang memberi respon adalah Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki apabila meninggalkan komen di salah satu akaun Thread yang memuat naik video terbabit.

Dalam hantaran berkenaan, Asyraf menyatakan pihak MARA akan membantu dan mencadangkan nama Fakhrul Iman untuk menyertai program khas bagi pembiayaan pelajar cemerlang ke luar negara atau universiti terkemuka.

“Insha Allah MARA akan bantu dan cadangkan untuk beliau masuk dalam program khas pembiayaan pelajar cemerlang ke luar negara atau universiti terkemuka dalam negara dengan pembiayaan penuh MARA,” tulisnya.

alt

Terima kasih Dr

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang rata-rata memuji dan mengucapkan terima kasih ke atas tawaran yang diberikan oleh pengerusi MARA itu.

alt

Tentu ada tawaran lain tapi kesanggupan MARA sangat melegakan

alt

MARA penyelamat keluarga tak berada

alt

Sekadar info, keputusan SPM 2025 menyaksikan peningkatan pencapaian dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, di mana 13,779 calon memperoleh gred A+, A, dan A- dalam semua mata pelajaran.

: Thread drasyrafwajdi, TikTok tvpss.smatkem

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts