MTSB dalam proses dimuktamadkan

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 30 Dec 2016 14:01:04

GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan kini dalam proses memuktamadkan penubuhan sebuah badan berkanun dikenali Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB).

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini, berkata badan itu akan bertindak sebagai badan penyiasatan bebas kemalangan multi mod pengangkutan iaitu darat (jalan raya dan rel); maritim (termasuk pengangkutan sungai) dan udara.

“Satu rang undang-undang berkaitan perkara ini sedang digubal bagi merealisasikan penubuhan MTSB.

“Selain itu, beberapa akta lain dan peraturan sedia ada yang berkaitan juga akan dipinda sewajarnya selaras dengan penubuhan MTSB kelak,” katanya.

Tambah kenyataan itu, cadangan penubuhan MTSB dibuat berdasarkan syor yang terdapat dalam Laporan Panel Penasihat Bebas Berhubung Hasil Siasatan Kes Kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.6 Jalan Genting- Kuala Lumpur, yang dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 2014.

Katanya, kementerian bersama Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga sudah melaksanakan sesi libat urus (engagement) bersama pelbagai pihak berkepentingan berhubung penubuhan MTSB tahun lalu.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts