Nora Danish Mahu Pasang Niat Memakai Tudung

by Oh! Semput


11
SHARES
148
VIEWS
Posted on 03 Feb 2017 08:00:11

Umum tahu yang mana Nora Danish sudah lama menguruskan perniagaan menjual tudung keluarannya sendiri iaitu Owl by ND. 

Gambar : Instagram Nora Danish

Tidak terkejut yang mana ramai tertanya bilakah empunya perniagaan tersebut ingin berhijab. Hakikatnya, Nora sudah lama memasang niat untuk memakai tudung.

Tetapi jelasnya, dia tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan itu kerana ditakuti jika penghijrahan itu hanya sekadar sementara sahaja.

“Saya percaya semua orang mahu berhijrah ke arah menjadi insan lebih baik. Saya sendiri tidak terburu-buru dalam hal ini. Saya tidak mahu nanti, selepas mengenakan tudung, saya kembali dengan imej tidak menutup kepala,”jelas Nora kepada BH Online.

Tambahnya lagi, “Seperti Elfira yang sudah pun berhijab, saya juga memasang niat ke arah itu, insyallah. Cuma saya tidak mahu menggembar-gemburkan perkara yang kurang pasti. Doakan saja yang baik-baik.”

Semoga niat baik Nora Danish dipermudahkan seperti yang diinginkan.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts