Daripada belanja RM1,000 sebulan, Hattan berhenti merokok

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 08:01:05

PENYANYI, Hattan. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hattan, 52, mendedahkan sudah lima bulan berhenti daripada menghisap rokok.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin berkata, hatinya terdetik mengambil keputusan itu selepas memikirkan dia berbelanja sehingga RM1,000 sebulan untuk membeli rokok.

“Bayangkan, saban hari anggaran RM34 dibelanjakan untuk membeli dua kotak rokok. Fikirlah, sebulan dah berapa?

“Hati saya terus nekad dan terfikir, kalau saya tak buat sekarang, saya tidak akan berhenti merokok. Alhamdulillah, sudah lima bulan saya tidak merokok,” katanya kepada BH Online.

Tambah Hattan, dia menyimpan sejumlah wang sama yang sepatutnya dibelanjakan untuk membeli rokok ke dalam tabung.

Menurutnya, wang itu akan diberikan kepada anak tunggalnya Adam Eiman, 18, untuk membeli barangan yang diingini.

Mengakui bukan mudah menahan keinginan merokok, Hattan berkata, badannya sedikit lemah pada bulan pertama.

“Orang kata berhenti perlahan-lahan, tetapi saya mahu berhenti terus. Lalu badan saya menjadi begitu lemah.

“Jujurnya, bukan mudah kerana mental perlu kuat. Saya meminta kepada Allah supaya hasrat tidak mahu merokok dipermudahkan.

“Saya juga menggunakan cara untuk sedut (asap rokok) sekali untuk melepaskan gian,” katanya berkongsi petua meninggalkan tabiat merokok.

Category: Hiburan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts