Datuk Siti Nurhaliza Selamat Tiba di Palestin

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 17 Feb 2017 04:00:41

siti nurhaliza
Cover image via Berita Harian

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 38, selamat tiba di bumi Palestin bersama rombongannya pada jam 12 tengah hari semalam (waktu tempatan).

Siti yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa dan keluarga mentua memberitahu, walaupun terpaksa melalui pemeriksaan ketat, perjalanan mereka ke Bumi Anbia itu lancar tanpa halangan.

“Alhamdulillah, tiada halangan yang membimbangkan ketika kami sampai. “Insya-Allah, malam ini kami akan sembahyang Isyak di Masjid Al-Aqsa dan solat Jumaat di sana,” katanya.

Kunjungan penyanyi Biarlah Rahsia itu ke bumi Palestin adalah bagi memenuhi keinginannya menziarahi lokasi bersejarah, Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Baca lagi: Datuk Siti Nurhaliza Bolot 4 Anugerah AIM22

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts