Datuk Zakaria Shaaban Dakwa 38 Warga Asing Kena Tahan Dalam Operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Di Janda Baik Pada 24 April Lalu

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 12 Oct 2026 20:00:29

KUALA LUMPUR: Seramai 38 warga asing ditahan selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memeriksa 82 individu di lapan lokasi di Janda Baik, Bentong, Pahang pada 24 April lalu.

Ia susulan kebimbangan penduduk berhubung kehadiran warga asing yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di kawasan itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan meneruskan pemantauan, risikan serta operasi penguatkuasaan berdasarkan maklumat dan aduan yang diterima.

Menurutnya, kehadiran warga asing di Janda Baik turut dipengaruhi peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi setempat khususnya dalam sektor pelancongan yang melibatkan resort, calet, premis penginapan selain pertanian serta perniagaan.

Bagaimanapun, keadaan itu berpotensi membuka ruang kepada penggajian warga asing secara tidak sah dan penyediaan penempatan yang melanggar undang-undang imigresen.

“JIM akan terus memperkukuh penguatkuasaan berasaskan risikan dengan memberikan tumpuan bukan sahaja kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) tetapi juga majikan, pemilik atau pengendali premis serta mana-mana pihak yang menggaji, melindungi atau membenarkan PATI tinggal di premis di bawah kawalan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, termasuk Seksyen 55B dan Seksyen 55E.

Dalam pada itu, JIM turut memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi penguatkuasaan berkaitan menerusi perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Zakaria berkata, kerjasama penduduk setempat dan persatuan penduduk dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan yang disyaki melanggar undang-undang imigresen amat dihargai.

Katanya, maklumat tepat membolehkan pihak imigresen membuat pengesahan dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa orang awam perlu mendedahkan diri kepada sebarang risiko.

“JIM akan terus memantau perkembangan di Janda Baik serta memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan dan berkesan bagi menangani pelanggaran undang-undang imigresen,” katanya. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts