Mayat Seorang Lelaki Ditemui Di Dalam Parit Berhampiran Surau

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 11 Oct 2026 15:00:38

Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan di dalam parit berhampiran Surau Permatang Pak Elong, Jalan Permatang Pak Elong, Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 3.52 petang bagi mendapatkan bantuan mengeluarkan mayat berkenaan.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi dan mendapati mayat lelaki terbabit berada di dalam parit.

Komander operasi kemudian mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja mengangkat mayat ke kawasan selamat sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dianggarkan berusia lingkungan 40-an, namun identitinya masih belum dikenal pasti setakat ini.

Operasi menyelamat itu melibatkan tujuh anggota bomba dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Operasi berkenaan ditamatkan pada jam 6.44 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Anuar Abdul Rahman mengesahkan penemuan mayat tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bedah siasat akan dilakukan bagi membantu mengenal pasti identiti mangsa serta menentukan punca sebenar kematiannya. Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai bagaimana lelaki berkenaan boleh berada di dalam parit tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

Mayat Seorang Lelaki Ditemui Di Dalam Parit Berhampiran Surau first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts