Apa Nak Jadi Dengan Red Giants?

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 14 Dec 2016 06:00:49

KUALA LUMPUR – Kemelut yang kini melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri akan memberi kesan kepada masa depan skuad Red Giants.

Selepas hilang tonggak utama seperti Ahmad Haz­wan Bakri dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT), juara Piala Malaysia 33 kali itu berdepan kesukaran untuk mengekalkan pemain lain.

Bintang te­ngah, Mohd. Hafiz Kamal dan pemain saya sayap, R. Gopinathan antara yang dikhabarkan bakal me­ninggalkan Red Giants.

Hafiz, 29, yang menyertai Selangor tahun lalu dikaitkan dengan perpindahan ke Perak, manakala Gopinathan, 26, pula semakin hampir ke Melaka Uni­ted.

Selangor juga hilang khidmat pemain pertahanan, Azmi Muslim yang sah menjadi milik PKNS FC,

Jika kontrak Hazwan yang berbaki setahun boleh ditebus oleh JDT, tidak mustahil kontrak Hafiz yang berbaki setahun dan bernilai RM600,000 mampu ditebus pasukan baharunya.

Difahamkan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Pahang itu.

Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd. Ibrahim berkata, Hafiz masih milik Selangor tetapi beliau mengesahkan pihaknya ada menerima beberapa tawaran, untuk pemain itu, termasuk da­ripada Persatuan Bola Sepak Pe­rak (Pafa).

“Ada ura-ura mengatakan Hafiz akan keluar Selangor tetapi buat masa ini, kami belum mencapai persetujuan yang kukuh.

“Benar…Beberapa pasukan berminat mendapat khidmat Hafiz dan rundingan secara rasmi telah dijalankan tetapi belum ada keputusan dicapai. Jadi, buat masa ini Hafiz masih pemain Selangor,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Hazwan telah sah menyertai skuad kendalian Mario Gomez sebagaimana FAS bersetuju melepaskan penyerang berusia 25 tahun itu kepada JDT dengan yuran perpindahan dikhabarkan bernilai RM1 juta.

Selangor kini hanya memiliki 13 pemain utama dan kesemua mereka masih memiliki baki kontrak setahun.

Dalam perkembangan lain, Rosman turut mendedahkan, Selangor tidak bercadang meman­cing pemain bintang bagi menghadapi musim baharu Liga M, sebaliknya mereka akan mengisi kekosongan dengan pemain dari skuad Piala Presiden.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts