Kes Denggi Di Johor Menurun Tahun Lalu – Exco Kesihatan

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 27 Nov 2016 10:01:38

KOTA ISKANDAR – Kes denggi yang direkodkan di Johor menurun kepada 9,880 kes dalam tempoh sebelas bulan tahun ini berbanding 13,353 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata angka kematian disebabkan wabak itu menurun 50 peratus kepada 20 kes berbanding 40 kes pada tahun sebelumnya.

“Ini menunjukkan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan berhasil dalam membendung penularan kes denggi di Johor dengan penyelesaiannya dilihat lebih fokus, bersepadu selain memaksimumkan tenaga kerja dan aset,” katanya.

Strategi-strategi dimaksudkan termasuk memperkasakan penglibatan masyarakat seperti sukarelawan denggi dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu menangani masalah denggi.

Katanya, semburan ubat thermal dan “larvaciding” juga dilaksanakan di kawasan perumahan, tapak binaan, bangunan kerajaan, sekolah dan kawasan berstrata.

“Ingin saya tegaskan bahawa ada kalanya pembiakan nyamuk Aedes berulang disebabkan sikap penduduk yang tidak membantu usaha-usaha Jabatan Kesihatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan.

“Pada 2015, kita (kerajaan negeri) menerima peruntukkan sebanyak RM7.76 juta bagi tujuan membanteras denggi dan pada 2016 pula menerima sebanyak RM6.30 juta.

Ayub berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Adham Baba (BN-Pasir Raja) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Dr Adham ingin tahu hasil langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan dalam membendung penularan denggi. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts