GTA VI Yang Dibeli Menerusi CelcomDigi Akan Mula Dihantar Esok

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 12 Nov 2026 10:30:46

Minggu lalu CelcomDigi membuka pratempahan permainan Grand Theft Auto VI versi PS5 dalam bentuk fizikal. Kepada mereka yang membeli permainan ini pada harga tawaran RM299 berbanding harga asal RM349, CelcomDigi mengatakan penghantaran akan mula dilakukan esok.

CelcomDigi turut menyatakan permainan akan mengambil masa 3-5 hari untuk tiba ke tangan pelanggan. Walaupun yang dijual ialah GTA VI versi fizikal, tiada cakera fizikal di dalam kotak. Sebaliknya ia sekadar mempunyai kod untuk muat turun daripada PlayStation Store. Permainan kemudiannya boleh dimuat turun awal sebelum boleh dimainkan bermula 19 November.

Berdasarkan beberapa gambar yang tertiris ke arena web hari ini, GTA VI versi fizikal di PS5 turut akan hadir dengan poster di bahagian dalam. Kepada pengumpul kotak permainan fizikal, inilah satu-satunya cara untuk membeli “versi fizikal” GTA VI kerana Rockstar Games mengatakan versi cakera tidak akan ditawarkan kepada pembeli.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts