Kim Jong-Nam Dibunuh Di KLIA2

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 15 Feb 2017 05:01:02

Kim Jong-Nam

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin adalah abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, Kim Jong-Nam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi Isnin apabila mangsa mahu menaiki penerbangan ke Macau pukul 10 pagi.

“Dia memberitahu penyambut tetamu di balai berlepas bahawa seseorang menariknya dari belakang dan menyimbah cecair pada wajahnya.

“Dia meminta bantuan daripada penyambut tetamu dan segera dihantar ke klinik lapangan terbang itu. Ketika itu, dia mengalami sakit kepala dan mahu rebah,” katanya ketika dihubungi.

Fadzil berkata, mangsa kemudiannya diserang sawan secara tiba-tiba di klinik.

“Dia telah diletakkan di tempat usung dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

“Kita telah mulakan siasatan awal berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau menambah, polis akan menyiasat pergerakan mangsa di Malaysia dan individu yang ditemuinya dalam negara.

“Kita turut menerima permintaan daripada Kedutaan Korea Utara berkenaan mayat.

“Bagaimanapun, kita akan melakukan bedah siasat sebelum memberikan mayat itu,” katanya.

Difahamkan, bedah siasat terhadap Kim yang berada di negara ini sejak 6 Februari lalu akan dijalankan pada Rabu.

Laporan media menyatakan polis sedang memburu sekurang-kurangnya dua wanita dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu.

Rangkaian kabel televisyen Korea Selatan, TV Chosun berkata, Jong-nam diracun di KLIA2 oleh dua wanita dipercayai merupakan perisik Korea Utama yang masih bebas.

Jong-nam dan Jong-un merupakan anak lelaki kepada bekas pemimpin, Kim Jong-il yang meninggal dunia pada akhir 2011, tetapi berlainan ibu.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts