by Oh! Semput
Nama Ruhainies kembali menjadi perhatian selepas beliau memaklumkan akan mengambil tindakan susulan berhubung dakwaan dan cerita yang didakwa telah menjejaskan reputasinya.
Menerusi perkongsian di Threads, Ruhainies berkata beliau sebelum ini memilih untuk berdiam diri mengenai isu tersebut kerana tidak mengetahui siapa yang memulakannya atau dari mana cerita berkenaan datang.

Namun, menurutnya, keadaan kini sudah melampaui batas apabila semakin ramai mempercayai dan menyebarkan cerita berkenaan tanpa sebarang bukti.
“I have archived my recent post as I have already obtained all the necessary details. Thank you to everyone who helped make the process easier and faster. I truly appreciate your help.”
“This issue and these false accusations have been going on for quite some time. I don’t know who started them or where they came from. I have remained silent until now because I feel that things have gone too far.”
Ruhainies turut berkata terdapat pihak yang mula mempercayai serta menyebarkan cerita berkenaan tanpa bukti, yang menurutnya seolah-olah bertujuan merosakkan reputasinya.
“People are starting to believe and spread these stories without any proof, seemingly just to damage my reputation.”
Susulan itu, Ruhainies menegaskan bahawa dia mengambil perkara berkenaan dengan serius dan akan mengikutinya sehingga isu tersebut diselesaikan sepenuhnya.

“Please understand that I am taking this matter VERY seriously this time, and I will follow through until it is fully resolved.”
Dia pada masa sama berharap pihak yang satu lagi dapat memberikan kerjasama serta mengendalikan perkara berkenaan secara profesional bagi mengelakkan komplikasi lanjut.
“I sincerely hope that the other party will cooperate and handle this matter professionally so that we can resolve it properly and avoid any further complications.”
Perkembangan itu turut mendapat perhatian selepas satu komen pengguna media sosial bertanyakan mengenai identiti individu yang didakwa dimaksudkan dalam komen terdahulu.
Dalam tangkap layar yang dikongsikan, pengguna bernama Fumakilla01 mendakwa individu yang dimaksudkan sebagai “Hanat” ialah Ruhainie.
“@ismailsabri60 sila saman pemfitnah ni.. Hanat yg dimaksudkan adalah. RUHAINES..”
Bagaimanapun, dakwaan tersebut datang daripada pengguna media sosial dan bukan pengesahan rasmi mengenai perkara berkenaan.
Perkembangan ini berlaku ketika Ruhainies sendiri memberi bayangan bahawa beliau sudah memperoleh maklumat yang diperlukan dan serius untuk menyelesaikan isu dakwaan yang didakwanya sebagai palsu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Didakwa ‘Dibela’ Bekas Perdana Menteri, Ruhainies Ambil Tindakan Saman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.