Didakwa Sedang Alami Zaman Kejatuhan, Respon Khairul Aming Jadi Tumpuan – “Dahsyat Betul Membenci Saya”

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 16 Jun 2026 03:02:45

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan punca sebuah video yang dimuat naiknya baru-baru ini menerima jumlah tontonan lebih rendah berbanding kebiasaan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 34, berkata ada segelintir pihak membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa popularitinya semakin merosot.

Advertisement

“Kalau pergi ke profil saya, ada satu video terbaharu dan video itu hanya dapat sekitar 300,000 tontonan. Ramai mula buat andaian. Khairul Aming views flop, akhirnya TikTok dah tak relevan, semua orang dah pindah ke Threads. Khairul Aming dah masuk era kejatuhan’”

“Ada juga haters saya kata, ‘memang tunggu saat ini, akhirnya Khairul Aming jatuh. Ya Allah, dahsyat betul membenci saya,” katanya.

Menurut Khairul Aming, video tersebut sebenarnya merupakan satu eksperimen yang dilakukannya bagi menguji sama ada TikTok mampu mengesan kandungan lama yang dimuat naik semula.

“Video itu sebenarnya saya dah pernah muat naik sebelum ini. Kalau tengok semula pada Oktober tahun lalu, video itu pernah dapat 10 juta tontonan.”

“Saya nak buat eksperimen. Kalau ambil video sama, edit sedikit dan tukar suara latar, adakah TikTok dapat kesan ia video yang sama. Rupanya memang TikTok dapat kesan. Jadi video itu betul-betul disekat dan tidak keluar di FYP seperti biasa,” jelasnya.

Bagaimanapun, Khairul berkata dia sengaja membiarkan video tersebut kekal di profilnya meskipun mengetahui capaian yang diterima tidak seperti kebiasaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bob
2026-06-15 11:29:40

Bob T20 Dakwa Ada Artis Dan 'Influencer' Cuba Dekati, Pernah Jadi 'Playboy' - "Aku Tak Nak Reveal Siapa"

 

Didakwa Sedang Alami Zaman Kejatuhan, Respon Khairul Aming Jadi Tumpuan – “Dahsyat Betul Membenci Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts