Diesel naik? Jangan ambil kesempatan! Peniaga diingat tak naikkan harga ikan -Faiz Fadzil

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 01 Apr 2026 20:34:42

Peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ikan dengan memainkan sentimen kenaikan kos diesel susulan krisis tenaga global, ketika bekalan hasil laut dalam negara kekal mencukupi dan stabil.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, tindakan menaikkan harga adalah tidak wajar memandangkan kerajaan masih mengekalkan subsidi diesel dan petrol kepada sebahagian besar nelayan di Zon A, B dan C.

alt

Beliau menjelaskan, situasi semasa tidak menjejaskan aktiviti nelayan untuk terus turun ke laut, khususnya ketika musim tangkapan yang banyak, sekali gus menolak dakwaan kononnya hasil laut semakin berkurangan.

“Kenaikan harga diesel ini memberi kesan kepada nelayan di Zon C2. Kita mempunyai empat zon iaitu Zon A (nelayan pantai), B, C dan C2 (laut dalam). Penyasaran subsidi adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan atau kurang berkemampuan.
“Kita percaya bahawa golongan yang patut dibantu adalah Zon A, B dan C. Zon C2 ini golongan nelayan yang memang berkemampuan. Namun dengan kenaikan diesel yang melonjak, kita sedang meneliti keadaan terbaik untuk menyelaraskan subsidi diesel kepada Zon C2,” katanya.

alt

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra MADANI Pengerusi LKIM bersama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Mersing di Kompleks LKIM, di sini, hari ini.

Menurutnya, nelayan turut menerima pelbagai bentuk sokongan kerajaan termasuk elaun sara hidup, subsidi bahan api dan bantuan peralatan menangkap ikan, selain peruntukan RM3 juta bagi bantuan ‘touch point’ yang diagihkan secara adil di seluruh negara.

Tambah beliau, inisiatif itu bertujuan menggalakkan nelayan terus turun ke laut bagi memastikan bekalan ikan negara kekal mencukupi di pasaran meskipun berdepan pelbagai cabaran semasa.

alt

Artikel lain: Panggilan telefon PM Anwar jadi ‘senjata’ diplomasi, buka akses selamat di Selat Hormuz

Dalam program sama, beliau turut menyampaikan bantuan ‘touch point’ berupa enjin serta peralatan perikanan, selain cek cura RM100,000 bagi projek agropelancongan dan RM26,125 untuk program peningkatan produktiviti nelayan B40 kepada penerima terpilih.

alt

Muhammad Faiz turut meninjau tapak ‘slipway’ di Mersing bagi menilai keperluan penyelenggaraan serta menaik taraf infrastruktur perikanan tempatan yang dianggarkan memerlukan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.5 juta.

: BERNAMA

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts