Dikatakan Majlis Kesyukuran Raja Pop Datuk Jamal Abdillah Merupakan Majlis NIKAH Wartawan Akhirnya Berjaya Mendapat Respon Datuk Jamal Tahniah

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 23 May 2017 14:01:10

Dikatakan Majlis Kesyukuran Raja Pop Datuk Jamal Abdillah Merupakan Majlis NIKAH Wartawan Akhirnya Berjaya Mendapat Respon Datuk Jamal Tahniah

Dikatakan Majlis Kesyukuran Raja Pop Datuk Jamal Abdillah Merupakan Majlis NIKAH. Wartawan Akhirnya Berjaya Mendapat Respon Datuk Jamal.. Tahniah !!!| YA, saya sudah bernikah, kata penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, 58, mengenai dakwaan dia sudah melangsungkan pernikahan buat kali keempat. Bagaimanapun, Jamal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai pernikahan itu.

Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih, katanya menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini. Menurut sumber, penyanyi yang turut digelar Raja Pop itu melangsungkan pernikahan kira-kira dua bulan lalu dengan gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah.

Difahamkan, majlis berkenaan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Dalam pada itu, Jamal turut menafikan majlis kesyukuran yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam, kelmarin, adalah majlis sempena pernikahannya.

Ia adalah majlis tahlil untuk arwah ibu dan bapa saya, doa selamat sempena menyambut Ramadan dan berpindah ke rumah baru, katanya kepada Harian Metro. Ini adalah pernikahan kali keempat Jamal selepas bercerai dengan Fatimatuzahra Samad pada 15 Mei 2007.

Perkahwinan pertamanya dengan Basariah Abdul Latiff pada 1988. Selepas bercerai dengan Basariah pada 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani. Bersama Fatimatuzahra, Jamal dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.

:Harian Metro

Dikatakan Majlis Kesyukuran Raja Pop Datuk Jamal Abdillah Merupakan Majlis NIKAH. Wartawan Akhirnya Berjaya Mendapat Respon Datuk Jamal.. Tahniah !!! SIAKAP KELL.

: 1citemalaya

: 1citemalaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts