by Oh! Semput
vivo Malaysia kini memperkenalkan vivo V80, telefon pintar baharu yang memberikan tumpuan kepada fotografi potret menerusi sistem kamera ZEISS, selain dilengkapi bateri berkapasiti besar dan beberapa ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI).
vivo V80 menampilkan reka bentuk Flagship One-Piece Cold-Carved Glass, dengan panel belakang dan modul kamera diukir daripada sekeping kaca yang sama. Ia turut menggunakan bingkai logam gred aeroangkasa serta mempunyai penarafan IP68 dan IP69.

Peranti ini dilengkapi paparan beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz serta tahap kecerahan puncak setempat sehingga 5,000 nit. Skrinnya turut menyokong paparan 1.07 bilion warna serta tahap kecerahan minimum 1 nit.
vivo V80 dikuasakan cip Snapdragon 7 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sehingga 512GB.
Beralih ke bahagian kamera, peranti ini dimuatkan lensa utama ZEISS OIS 50MP dengan sensor Sony LYTIA 700V berukuran 1/1.56 inci. Ia juga mempunyai kamera telefoto ZEISS 50MP yangg menggunakan sensor Sony IMX882 berukuran 1/1.95 inci, dengan sokongan zum optik 3x dan zum digital sehingga 100x.

Kamera telefoto ini turut menyokong ciri ZEISS 85mm dan 100mm Center-Stage Portrait untuk menghasilkan gambar potret dengan kesan bokeh berbeza. Pada bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto ZEISS 50MP dengan lensa sudut lebar dan autofokus, termasuk untuk rakaman swafoto berkumpulan.
Kedua-dua kamera hadapan dan belakang menyokong rakaman video 4K pada 60fps. Antara ciri AI yang disediakan termasuk AI Best Face untuk memilih ekspresi wajah daripada bingkai Live Photo, serta AI Erase, AI Magic Move dan AI Image Expander untuk penyuntingan gambar.
vivo V80 menggunakan bateri BlueVolt berkapasiti 7,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W FlashCharge. Ia turut menyokong fungsi Bypass Charging yang membantu mengawal suhu ketika telefon digunakan sambil dicas.
Dari segi perisian, telefon ini menjalankan OriginOS 7 dan dilengkapi sistem keselamatan Security Shield. vivo turut menjanjikan kemas kini keselamatan tahunan selama enam tahun, manakala ciri 72-Month Smooth Experience direka untuk mengekalkan kelancaran sistem dalam tempoh tersebut.

vivo V80 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Starwish Purple, Wander Green dan Vast Gray. Starwish Purple menggunakan kemasan Laser Holographic Lithography yang menghasilkan corak tiga dimensi pada panel belakang.

vivo V80 kini boleh diprapesan di Malaysia pada harga bermula RM2,399, berserta tawaran eksklusif bernilai sehingga RM2,042.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi vivo Malaysia.
{suggest}
vivo V80 Kini Dilancarkan – Kamera Telefoto ZEISS 50MP, Harga Bermula RM2,399 WISER.MY.