Aceh Dilanda Gempa Kuat 6.4 Magnitud

by Oh! Semput


9
SHARES
122
VIEWS
Posted on 07 Dec 2016 02:01:10

Gempa bumi kuat 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Aceh di utara Sumatera awal pagi ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Laporan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menjelaskan gempa yang berpusat di 10 kilometer di utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan.

Aceh Dilanda Gempa Kuat 6.4 Magnitud

Sebelum ini, Aceh pernah mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004.

Dalam penilaian awal, USGS memberitahu, gempa terbaru itu tidak membawa kemungkinan kemalangan jiwa ataupun kemusnahan harta benda.

Jun lalu, gempa berukuran 6.5 magnitud berlaku di barat Sumatera sekali gus menyebabkan kerosakan bangunan dan mencederakan lapan orang.

Aceh Dilanda Gempa Kuat 6.4 Magnitud

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan volkanik yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu tempat pertembungan plat tektonik.

Kompas melaporkan penduduk setempat sedang giat menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan susulan kejadian gempa bumi melanda Acheh awal pagi tadi.

Menurutnya, berlaku 10 gempa susulan dalam skala ritcher yang kecil di beberapa kawasan selepas gempa kuat awal pagi tadi.

Sementara itu, Tribunnews melaporkan empat mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kejadian tersebut.-MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts