Meta Dilapor Bangunkan Klon AI Mark Zuckerberg

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 14 Apr 2026 07:30:22

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, mungkin tidak lama lagi akan mempunyai klon kecerdasan buatan (AI) dirinya sendiri untuk berinteraksi serta memberikan maklum balas kepada pekerja.

Memetik laporan Financial Times, avatar AI tersebut akan dilatih menggunakan imej dan suaranya, bersama tingkah laku, nada dan kenyataan awam beliau.

Dalam masa sama, Meta turut memberi tumpuan kepada pembangunan watak AI maya yang kelihatan fotorealistik. Namun, usaha tersebut bukan mudah memandangkan teknologi ini memerlukan kuasa pengkomputeran yang tinggi bagi mencapai tahap realisme, selain memastikan interaksi berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan.

Sekiranya eksperimen ini berjaya, Meta dijangka akan mula membenarkan pempengaruh dan pencipta kandungan menghasilkan avatar AI diri mereka sendiri.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha meluas Meta dalam membangunkan konsep “personal superintelligence”, di samping membentuk semula syarikat ke arah berasaskan AI.

Difahamkan, Zuckerberg sendiri terlibat dalam proses melatih avatar AI tersebut. Beliau juga kini meluangkan sekitar lima hingga sepuluh jam setiap minggu untuk menulis kod bagi projek AI lain di Meta serta menyertai semakan teknikal.

{suggest}

Meta Dilapor Bangunkan Klon AI Mark Zuckerberg WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts