Ular sawa disangka najis

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 10 Dec 2016 13:00:21

MIRI: Ular sawa disangka ‘najis’. Misteri itu terjawab dengan kemunculan seekor ular sawa yang menyumbat saluran tandas milik sebuah keluarga di Krokop, di sini, petang semalam.

Ular sawa batik sepanjang enam meter itu disedari menyumbat saluran tandas rumah berkenaan oleh seorang penghuninya, Lim Tek Leong, 35, yang kebetulan ingin menggunakan tandas itu Rabu lalu.

“Mulanya saya sangka tandas tersumbat disebabkan najis.

Namun, jawapan itu terjawab dengan kemunculan seekor ular sawa melingkar dalam mangkuk tandas,” katanya.

“Bagaimanapun, ketika ingin menangkap ular itu pada hari yang sama ia masuk semula ke dalam saluran lubang tandas dan tidak dapat ditangkap,” katanya di sini.

Pada jam 3 petang semalam, Lim berkata, ular itu muncul semula di mangkuk tandas yang sama memaksa keluarganya mendapatkan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat untuk menangkapnya.

Beliau berkata, mulanya ular berkenaan cuba ditarik keluar dari mangkuk tandas tetapi disebabkan badannya agak besar ia tidak dapat dikeluarkan.

“Anggota bomba dan penyelamat terpaksa meletakkan air panas ke dalam mangkuk tandas untuk memaksa ular itu keluar dari lubang saluran paip sedia ada.

“Selepas ular berkenaan keluar ia ditangkap dan dikeluarkan dari saluran kumbahan berkenaan,” katanya.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts