Disoal Mengapa Tak Belajar Bahasa Kelantan Ketika Bersama Ameera Khan, Jefri Nichol Respon – “Dah Tak Ingat Dan Tak Penting”

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 07 Apr 2026 06:32:56

Hantaran pelakon Indonesia, Jefri Nichol, menjadi perhatian apabila dibanjiri komen daripada rakyat Malaysia yang menggunakan dialek Kelantan sehingga mencetuskan suasana mencuit hati dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di Threads, Jefri dilihat meminta bantuan orang ramai untuk menterjemahkan komen-komen tersebut kerana kurang memahaminya.

Advertisement

Dalam masa sama, Jefri turut menyentuh mengenai isu peribadinya yang menjadi bahan gurauan di media sosial, khususnya berkaitan hubungan lamanya bersama Ameera Khan.

Menurutnya, dia tidak berkecil hati apabila dirinya dijadikan bahan jenaka, namun berharap agar perkara tersebut tidak melibatkan ahli keluarganya, terutama ibu tercinta.

“Terima kasih penjelasannya kak. Tidak mengapa nak bergurau tentang saya tapi jangan tentang mama atau ibu saya ya.”

Selain itu, terdapat juga warganet yang mempersoalkan mengapa pelakon berusia 27 tahun itu tidak mempelajari dialek Kelantan ketika menjalinkan hubungan dengan Ameera, atau mesra dikenali sebagai Little Miss Khan.

Jefri nichol

Menjawab persoalan tersebut, Jefri mengakui bahawa dia sudah tidak mengingati dialek yang pernah dipelajari, malah menganggap perkara itu tidak lagi penting buat dirinya.

“Dah lupa dan dah tak penting.”

Untuk rekod, hubungan cinta antara Jefri dan Ameera sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai, apatah lagi Ameera merupakan adik kepada selebriti terkenal Neelofa. Namun, hubungan tersebut dilaporkan berakhir, sekali gus menjadikan kisah mereka terus menjadi topik bualan dalam kalangan peminat di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-07 11:40:33

Netizen Kritik Ardell Aryana Sertai Sumud 2.0, Pu Rahmat Tampil 'Backup' - "Korang Nak Simpan Bini Kat Rumah, Silakan"

Disoal Mengapa Tak Belajar Bahasa Kelantan Ketika Bersama Ameera Khan, Jefri Nichol Respon – “Dah Tak Ingat Dan Tak Penting” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts