DJI Mic Mini 2S Ditawarkan Di Malaysia Bermula Harga RM419

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 04 Aug 2026 17:00:44

DJI hari ini memperkenalkan DJI Mic Mini 2S sebagai kesinambungan kepada model Mini 2 dengan peningkatan pada prestasi dan rekaan. Penambahbaikan ini menjadikannya pilihan sesuai untuk pengguna yang mahukan kualiti audio dalam rekaan mudah dibawa.

DJI Mic Mini 2S menyokong rakaman dalaman sehingga 28 jam dalam mod 24-bit dengan storan terbina 16GB (sekitar 14.5GB boleh digunakan). Jika menggunakan format baharu 32-bit float, tempoh rakaman adalah sekitar 22 jam. Format ini membolehkan rakaman pada pelbagai tahap bunyi tanpa risiko audio pecah sekali gus memudahkan proses suntingan video. Ia juga berfungsi sebagai perlindungan tambahan sekiranya berlaku bunyi kuat secara tiba-tiba atau gangguan sambungan nirwayar

Selain itu DJI meningkatkan keupayaan sambungan dengan sokongan sehingga empat pemancar serentak kepada satu penerima berbanding hanya dua pada model sebelumnya. Kebebasan penggunaan ini membolehkan rakaman daripada pelbagai sumber suara dalam satu sesi tanpa perlu menukar peranti. Pemancar juga boleh disambungkan terus ke telefon melalui Bluetooth atau ke kamera DJI seperti Osmo Pocket 4P. Hal ini menjadikan ekosistem rakaman lebih menyeluruh untuk pelbagai keperluan.

DJI turut memperkenalkan sistem pembatalan hingar berasaskan AI dengan dua tahap pilihan. Teknologi ini mampu mengenal pasti suara pengguna dan mengasingkannya daripada bunyi latar untuk rakaman menjadi lebih jelas. Ciri ini sesuai digunakan untuk menghasilkan audio berkualiti tinggi tanpa gangguan. Harga rasmi DJI Mic Mini 2S di Malaysia adalah seperti berikut:

  • RM419 untuk pakej asas (1 pemancar/transmitter + 1 penerima/receiver).
  • RM699 untuk pakej penuh (2 pemancar/transmitter + 1 penerima/receiver + bekas pengecas).
  • RM299 untuk variasi tambahan pemancar/transmitter sahaja.

Beli DJI Mic Mini 2S Disini – DJI Store Malaysia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts