by Oh! Semput
Apple yang dahulunya dikenali sebagai penyedia peranti elektronik, kini secara berperingkat mempelbagaikan bentuk pendapatan mereka, dan kini melaporkan mempunyai lebih 1.5 bilion pengguna yang melanggan perkhidmatan dibawah mereka.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Apple adalah termasuk Apple One, Apple Music, Apple TV+, Apple Fitness, iCloud, Apple Care, dan beberapa perkhidmatan lain lagi. Ini sekaligus menjadikannya sebagai sebuah bentuk pendapatan syarikat yang tinggi, dikategorikan dibawah Apple Services.
Sebelum ini, pada Januari 2025 lepas, angka berkenaan melepasi 1 bilion pengguna, dan kini dalam setahun lebih, Apple telah menambah lebih 500 juta pelanggan dibawah mereka. Apple sendiri turut memfokuskan kepada arena ini, dan turut telah memperkenalkan penawaran langganan perisian kreatif dibawah Creator Studio.
Dengan perkembangan ini, mungkin kita melihat Apple terus melihat kepada Apple Services, yang memberikan pendapatan berulang berterusan berbanding penjualan peranti yang berlaku sekali.