Baru Sehari Dilancarkan, Google Tarik Balik Ciri Jana Imej AI Dalam Google Earth

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 01 Aug 2026 04:00:20

Google telah menarik balik ciri penjanaan imej AI dalam Google Earth hanya sehari selepas ia diperkenalkan kepada pengguna di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan, Google memaklumkan walaupun ciri tersebut digunakan oleh profesional geospatial untuk pelbagai tujuan yang bermanfaat, pihaknya turut mengesan perkongsian imej yang dijana pengguna dan dipercayai melanggar dasar syarikat.

“Kami sedar bahawa orang ramai meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Google Earth sebagai paparan dunia yang boleh dipercayai… Oleh itu, kami menarik balik ciri ini dalam Google Earth sementara kami berusaha melaksanakan langkah perlindungan yang lebih kukuh,” kata syarikat itu.

Google turut menjelaskan imej AI yang dihasilkan tidak pernah dipaparkan kepada pengguna lain dalam pengalaman utama Google Earth. Selain itu, semua imej tersebut disertakan tera air yang menunjukkan ia dihasilkan oleh AI.

contoh janaan imej AI di Google Earth

Semalam, Google mengumumkan keupayaan baharu yang membolehkan pengguna Google Earth versi web menghasilkan imej AI menggunakan model Nano Banana 2.

Ciri ini membolehkan pengguna menjana visual berdasarkan imejan satelit, udara dan paparan 3D Google Earth untuk pelbagai kegunaan seperti membayangkan rupa sesuatu lokasi pada masa lalu, memvisualisasikan projek pembangunan serta menghasilkan konsep kreatif berasaskan lokasi sebenar.

Dikritik kerana berpotensi disalahgunakan

Tidak lama selepas dilancarkan, ciri ini menerima kritikan daripada penyelidik serta pakar risikan sumber terbuka, yang memberi amaran ia berpotensi disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat palsu. Google Earth selama ini menjadi sumber penting untuk semakan fakta dan pengesahan visual, tetapi ciri tersebut berpotensi menghasilkan imej geospatial palsu yang kelihatan meyakinkan.

Memetik laporan AFP, ujian yang dijalankan agensi berita itu mendapati ciri berkenaan mampu menghasilkan gambaran satelit palsu yang kelihatan realistik, termasuk memaparkan letupan di Paris, tapak nuklear di Iran, kawah akibat letupan bom di Rusia serta visual palsu lain seperti banjir di Bangladesh dan kem pendatang di sempadan Amerika Syarikat dan Mexico.

Selepas Google menghentikan ciri itu, butang “Create Image” kini tidak lagi dipaparkan dalam Google Earth.

Setakat ini, syarikat itu tidak menyatakan bila ciri tersebut akan diperkenalkan semula, sebaliknya hanya memaklumkan ia akan kembali selepas langkah perlindungan yang lebih kukuh dilaksanakan.

{suggest}

Baru Sehari Dilancarkan, Google Tarik Balik Ciri Jana Imej AI Dalam Google Earth WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts