Ditemui Lemas Bawah Jambatan Imago

by Oh! Semput


10
SHARES
125
VIEWS
Posted on 04 Dec 2016 12:00:19

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki maut kerana lemas dalam kejadian yang berlaku berdekatan dengan jambatan kompleks beli belah Imago, petang tadi.

Pihak bomba telah menerima pangggilan mengenai kejadian yang melibatkan mangsa berusia 12 tahun itu pada jam 1.41 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 3 kilometer itu pada jam 1.56 petang.

Sejuruh tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di bawah jambatan dan lingkungan sekitar persisiran laut yang berdekatan dengan lokasi terakhir mangsa dilihat.

Menurut pihak bomba, mangsa seterusnya telah ditemui oleh orang awam di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh pada jam 2.43 petang dan disahkan meninggal dunia.

Baca Juga: Mayat anak ditemui lemas di Sungai Sembulan


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts