Dituntut letak jawatan, Kor Ming jawab – “Hati saya bersama rakyat, mari kita bekerja untuk negara”

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 12 Jul 2026 07:04:26

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hari ini mengelak daripada menjawab soalan bertubi-tubi berhubung ikrar terdahulunya untuk meletak jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu oleh pemberita, beliau sebaliknya menegaskan bahawa keutamaannya ketika ini adalah untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan memberi tumpuan kepada usaha membantu mereka.

alt

Nga berkata, beliau memahami tugas media yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung isu berkenaan, namun pada masa sama menegaskan bahawa beliau juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Hati saya benar-benar bersama rakyat. Saya dapat merasai kesakitan dan kesusahan mereka. Apabila saya datang untuk membantu, mari kita elakkan semua isu ini.
“Saya tahu matlamat anda (wartawan). Anda mempunyai tugas yang perlu dilakukan. Saya juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
“Mari kita bekerja untuk rakyat dan negara. Fokus kepada kesejahteraan rakyat. Saya juga mempunyai tugas-tugas yang perlu saya selesaikan,” katanya, hari ini.

alt

Nga yang juga Timbalan Pengerusi DAP bagaimanapun tidak memberikan sebarang jawapan secara langsung berhubung ikrar yang pernah dibuatnya sebelum ini, sebaliknya terus mengulangi pendiriannya untuk memberi fokus kepada kebajikan rakyat serta pelaksanaan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

: Harian Metro 

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts