Doogee Note 70 Menggabungkan Rekaan Galaxy S26 Ultra dengan Xiaomi 18 Pro

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 23 Nov 2026 10:30:46

Pengeluar meminjam rekaan peranti mereka daripada pesaing ialah amalan yang sudah wujud zaman berzaman. Misalnya semasa Apple mula menggunakan takuk, ramai pengeluar lain menirunya walaupun tanpa sistem imbasan wajah 3D. Terkini rekaan Doogee Note 70 diperlihatkan dengan ia mempunyai rekaan hibrid Samsung Galaxy S26 Ultra dan Xiaomi 18 Pro.

Bahagian kamera dan panel belakang amat sama dengan S26 Ultra sementara penggunaan skrin sekunder 1.8″ pula amatlah mirip dengan Xiaomi 18 Pro. Tetapi peranti ini bukan daripada kelas mercu sebaliknya dikuasakan oleh cip Unisoc T7250 (12nm), memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 256GB, bateri 6,500mAh, kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP.

Doogee belum mengumumkan peranti hibrid ini akan dipasarkan serta harga jualannya di China.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts