Drama Tembak Menembak Di Perairan Sabah

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 10 Dec 2016 09:00:19

KOTA KINABALU: Ia merupakan malam penuh drama di Darvel Bay di pantai timur Sabah apabila buat pertama kali pasukan keselamatan Malaysia tampil berdepan dengan lelaki bersenjata Filipina membabitkan penculikan rentas sempadan.

Tiga suspek ditembak mati dan tiga lagi ditahan dalam pertempuran selama 20 minit antara polis Platun Harimau dan lapan lelaki bersenjata di perairan Pulau Bodgaya di Semporna pada pukul 9.40 malam Khamis.

Seorang anggota polis ditembak di bahagian kaki semasa insiden tembak-menembak itu dan dibawa ke Hospital Semporna pada pukul 1.50 pagi Jumaat.

Lokasi dua lagi suspek masih belum dikenal pasti dan anggota keselamatan terus melakukan kawalan di kawasan itu.

berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu berpakaian sarat dengan peluru, dikesan menaiki bot laju enjin 80HP menghala ke bot nelayan Yakin 2.

Pasukan Gerakan Am Platun Harimau yang diketuai seorang koperal dengan segera berdepan dengan lelaki bersenjata semasa mereka cuba menaiki bot nelayan.

Tembakan dilepaskan dalam keheningan malam dan hanya terhenti selepas tiga mayat suspek ditemui.

Tiga lagi suspek menyerah diri.

Kumpulan lelaki bersenjata terbabit dipercayai berpangkalan di kepulauan Tawi Tawi dekat perairan Sabah.

Baca Lagi : Kronologi 40 Minit Tiga Penculik Ditembak Mati, Dua Diberkas


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts