Dunia Harus Terus Bersatu Hadapi Ancaman Pengganas

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 03 Jan 2017 07:00:16

pengganas

Dikala semua pihak sedang gembira menyambut kedatangan tahun baru 2017, sekali lagi dunia telah dikejutkan dengan peristiwa serangan pengganas di mana 35 orang telah terbunuh serta lebih 40 orang lagi tercedera di dalam serangan pengganas terbaru di sebuah kelab di Istanbul, Turki.

Menurut sumber media, serangan berkenaan telah dilakukan oleh seorang pengganas yang mengunakan senjata api serta menembak secara rambang ke arah pengunjung kelab berkenaan yang sedang meraikan kedatangan tahun baru.

Pada waktu kejadian berkenaan berlaku, kelab terbabit dikatakan sedang dipenuhi dengan ratusan pengunjung.

Ramai pengunjung dikatakan terpaksa lompat ke laut Bosporos yang behampiran dengan kelab berkenaan bagi menyelamatkan diri mereka.

Seperti yang diketahui umum, Turki sudah banyak kali hadapi serangan pengganas semenjak beberapa tahun yang lalu. Pada bulan Ramadan Al – Mubarak tahun yang lalu, lebih 40 orang telah terbunuh manakala lebih 200 orang lain telah dilaporkan tercedera setelah tiga orang pengganas menyerang lapangan terbang Ataturk, Istanbul.

Pengganas – pengganas terbabit dikatakan telah melepaskan beberapa tembakan ke arah orang ramai yang sedang sibuk beratur di pintu masuk pemeriksaan lapangan terbang terbabit dan kemudiannya telah meletupkan diri mereka.

Siri serangan pengganas juga telah berlaku di beberapa buah bandaraya utama di negara Barat seperti Paris, Perancis, Brussels, Belgium serta Florida, Amerika Syarikat. Serangan pengganas turut berlaku di beberapa buah negara Islam seperti Bangladesh, Pakistan, Jordan, Arab Saudi, Indonesia dan Iraq.

Malaysia juga menerima tempias serangan pengganas apabila pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa serangan yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Puchong tahun yang lalu telah didalangi oleh kumpulan pengganas.

Walaupun pihak berkuasa Turki masih melakukan siasatan terhadap serangan terbaru di negara mereka, ramai pihak mula menuding jari kearah kumpulan DAISH atau al-Dawla al-Islamiya Fi Iraq Wa al-Sham (DAISH), atau lebih dikenali juga sebagai kumpulan Militan Islamic State in Iraq and Syams (ISIS) atau Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) atau Islamic State (IS) yang telah melakukan banyak serangan keganasan terhadap penduduk awam yang tidak bersalah sehingga mengorbankan banyak nyawa serta membawa kecederaan terhadap ramai mangsa yang terlibat yang terdiri daripada kaum wanita, warga tua, serta golongan kanak – kanak semenjak beberapa tahun yang lalu sehingga kini.

Walaupun siri – siri keganasan masih terus dilakukan oleh kumpulan terbabit serta kumpulan – kumpulan yang mempunyai unsur ekstrem dan keganasan, usaha harus diteruskan bagi memusnahkan semua kumpulan terbabit serta pengaruh mereka terhadap orang ramai terutamanya pengaruh mereka terhadap generasi muda.

Semua negara harus terus bersatu menentang kumpulan terbabit serta menamatkan segala dakyah songsang yang dibawa mereka selama ini.

Perkara yang sama juga telah di zahirkan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada tahun yang lalu apabila beliau memberi ulasan mengenai serangan pengganas yang berlaku pada tahun yang lalu di negaranya telah meminta semua negara dunia untuk kekal bersatu menghadapi musuh kumpulan pengganas serta bersatu mengekang pengaruh yang datang dari kumpulan ekstrem.

Oleh itu, semua negara harus menjalinkan kerjasama erat bagi menentang keganasan. Usaha penukaran maklumat risikan mengenai kegiatan keganasan harus dilakukan pada setiap masa.

Semua negara harus sentiasa mengadakan pertemuan serta berbincang bagi mencari penyelesaian muktamad dalam menghadapi isu keganasan yang dilihat berlaku setiap tahun.

Mereka harus juga mencari punca sebenar berlakunya kegiatan keganasan terbabit serta mencari langkah penyelesaian terhadap punca keganasan yang berlaku.

Semua negara dunia juga harus memantapkan tahap keselamatan di negara mereka serta mengukuhkan aspek perundangan negara mereka bagi menghadapi ancaman pengganas.

Selain daripada pihak kerajaan, badan – badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi atau jabatan agama juga harus berganding bahu menentang keganasan dengan aktif memberi penerangan, pendidikan, dan pendedahan kepada orang ramai mengenai wajah sebenar kumpulan – kumpulan pengganas yang wujud seperti IS dan lain – lain.

Orang ramai juga harus memberi kerjasama untuk membendung kegiatan keganasan dengan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka serta melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai apa – apa perkara yang mencurigakan yang boleh dikaitkan dengan kegiatan keganasan.

Usaha menentang pengganas tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempuh masa yang pendek, ia memerlukan tempuh masa yang panjang bukan sahaja untuk memusnahkan kewujudan kumpulan pengganas terbabit malah untuk melenyapkan segala pengaruh songsang yang dibawa oleh mereka.

Baca lagi: Harapan Keamanan Menjelang Tahun Baru

This article passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at .org/content-only/faq.php#publishers.
Recommended article: The Guardian's Summary of Julian Assange's Interview Went Viral and Was Completely False.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts