by Oh! Semput
Pelakon hebat, Ellie Suriaty anggap Bella dizalimi susulan berita suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh seorang pelakon wanita popular baru-baru ini.
Menerusi laporan dari Kosmo! merujuk komen yang ditinggalkan pelakon terbabit di sebuah portal hiburan, Ellie menganggap apa yang dilakukan oleh pelakon wanita itu tidak beradab kerana membawa suami rakan baik sendiri pulang ke rumah.

Komen tersebut dibuat susulan dakwaan kakak kepada pelakon wanita yang ditangkap khalwat itu ingin mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang menfitnah adiknya.

Dalam pada itu, selebriti yang juga merupakan pengarah drama ini menzahirkan rasa kasihan terhadap Bella Astillah susulan menjadi mangsa kecaman memandangkan telah memberi peluang berkali-kali kepada suami.
Dia juga meminta orang ramai memberi Bella ruang membuat keputusan sendiri kerana dia sedang berusaha menjadi isteri dan ibu yang bertanggungjawab kepada keluarganya.

Terdahulu, suami kepada Bella Astillah yang juga selebriti terkenal, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita yang juga pasangan gandingannya dalam drama terbaru lakonan mereka.

Artikel lain: Tiada lagi peluang! A. Aida dah ‘blacklist’ Ruhainies, cari pelakon wanita lain
Walau bagaimanapun, pelakon wanita terbabit mengatakan dirinya berada di pihak yang benar dan akan memberikan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.
Dia menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aliff dan hanya rakan biasa.
Namun begitu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium pelakon terbabit menunjukkan tarikh 24 Februari 2024 iaitu sebelum mereka ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
: Kosmo! (Nur Muhammad Haikal Ramli)