Empat Suspek Diburu Kerana Terbabit Kes Tetak Seorang Lelaki Guna Parang Sehingga Mengakibatkan Kecederaan Parah Di Bera

by Oh! Semput


8
SHARES
105
VIEWS
Posted on 01 Apr 2026 10:01:55

KUANTAN: Empat suspek diburu polis kerana disyaki terbabit kes tetak seorang lelaki menggunakan parang sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, Kejadian dilaporkan berlaku di kedai minum Ming Wang Kopitiam di Triang, Bera kira-kira jam 9.16 malam pada 29 Mac lepas.

“Kesemua suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu dengan menaiki sebuah kereta.

“Mangsa berusia 35 tahun yang cedera pada awalnya dibawa ke Hospital Bera untuk menerima rawatan, namun telah dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kerana cedera parah.

“Mangsa masih belum sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video klik https://www.facebook.com/share/v/1FVovD9s5q/

Menurut Zulkiflee, keempat-empat suspek berusia lingkungan umur 27 hingg 39 tahun telah dikenalpasti dan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan meminta keempat-empat suspek untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera atau mana-mana balai polis berhampiran bagi tujuan membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Insp Muhamad Zulhilmi bin Ishak di talian (014-2250306) atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Bera (09-250 8222),” katanya. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts