Oh My English! Lebarkan Sayap ke Jogjakarta

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 09 Dec 2016 08:00:53

oh my englishCover image via Astro

SEJAK diterbitkan sekitar empat tahun lalu, siri komedi berkonsepkan pembelajaran bahasa Inggeris, Oh My English! (OME) berjaya menarik kelompok penggemar tersendiri.

Selain konsep pembelajaran yang diketengahkan, OME juga dilihat berjaya menarik minat penonton kerana nilai komersial yang ada padanya.

Selain drama bersiri dan sesi jelajah promosi, jenama OME turut diangkat menjadi naskhah telefilem. Bermula dengan Oh My Ganu yang disiarkan pada tahun 2013, penonton terus disajikan dengan beberapa lagi lanjutan telefilem OME seperti Oh My English! Hello America (2014), Oh My English! Villa Isabellaaa! (2014) Oh My Goat! Come Backkkkk! (2015)

Tahun ini, tradisi tersebut dikekalkan untuk edisi yang kelima menerusi telefilem Oh My English: Road To Jogja! (OMERTJ).

Istimewanya, telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian tersebut menampilkan barisan pelakon undangan popular seperti Jihan Muse, Mark Adam, Johan Raja Lawak, Elfira Loy dan Randy Pangalila.

Menurut Penolong Naib Presiden Kandungan NextGen Studios, Yasmin Yahya, penglibatan ramai pelakon popular dalam telefilem berkenaan disebabkan tanda apresiasi pihak Astro terhadap penonton yang tidak pernah jemu menyokong OME.

“Sepanjang lima tahun bersiaran, kami sentiasa menerima sokongan padu daripada penonton.

“Kami berharap penonton akan terhibur dengan pengisian dan penglibatan barisan pelakon yang menjayakannya telefilem OME kali ini,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan bahagian pertama OMERTJ di GSC Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Yasmin, OMERTJ yang ditayangkan pada 3 Disember lalu dan 11 Disember ini (Ahad) dilihat sesuai untuk mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa.

“Kebetulan, OMERTJ ditayangkan pada cuti sekolah. Jadi, untuk dua minggu berturut-turut, kami berharap agar telefilem ini menjadi bahan hiburan penuh mesej untuk penonton,” katanya.

Pelakon dari seberang, Randy yang turut hadir bagi mempromosikan OMERTJ pula sangat berbesar hati kerana dipilih untuk menyertai keluarga besar OME.

Katanya, selain mengekalkan hubungan baik dengan produksi di Malaysia, OME turut menjadi platform untuk mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Jogjakarta buat tatapan penonton di sini.

“Berbeza dengan penglibatan saya bersama produksi Malaysia sebelum ini, lokasi penggambaran drama OMERTJ diadakan di Jogyakarta,” katanya yang hanya akan muncul pada bahagian kedua OMERTJ.

Selain Jogyakarta, telefilem arahan Umi Salwana Omar itu turut menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Perak dan Pulau Pinang.

Telefilem OMERTJ mengisahkan perjalanan Zack lakonan Juzzthin, See Yew Soon (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) untuk melariskan perniagaan Kafe After School.

Akibat bebanan masalah kewangan, mereka mengambil keputusan menyertai sebuah pertandingan memasak yang menjanjikan hadiah utama sebanyak RM30,000.

Konflik tercetus apabila mereka meminta nasihat daripada Cef Bru (Mark Adam) yang meletakkan pelbagai syarat pelik jika Zack, See Yew Soon dan Mazlee jika mahu belajar memasak dengannya.

Baca lagi:Oh My Goat! Come Back, Curi Perhatian Penonton

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts