ESSCOM Teruskan Operasi Kesan 2 Penjenayah, 1 Mangsa Culik

by Oh! Semput


9
SHARES
112
VIEWS
Posted on 12 Dec 2016 15:01:00

esscom

KOTA KINABALU: Operasi ESSCOM mengesan dua lagi penjenayah dan seorang mangsa culik yang dilaporkan hilang dalam insiden berbalas tembakan di perairan Pulau Gaya, Semporna, Khamis lalu, diteruskan semalam.

Pencarian selepas insiden antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penculik itu yang memasuki hari ketiga, melibatkan sebuah kapal dan lima bot pasukan keselamatan.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata antara agensi keselamatan yang terlibat dalam operasi itu ialah Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Operasi mencari ini bermula jam 6.30 pagi dan berakhir 6 petang. Setakat ini mereka (dua penjenayah dan seorang mangsa culik) masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, polis menembak mati tiga daripada tujuh suspek dipercayai penculik dari selatan Filipina.

Dua suspek turut diberkas manakala seorang daripada dua mangsa culik yang merupakan juragan bot berjaya diselamatkan.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts