Dell Pro Essential 14 Dan 15 Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM3,999

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 09 Sep 2026 07:00:54

Dell Technologies mengumumkan pelancaran siri baharu Dell Pro Essential 14 dan Dell Pro Essential 15 di Malaysia. Ia direka untuk memenuhi keperluan perniagaan dengan konsep komputer riba yang praktikal serta mudah digunakan.

Kedua-dua model Dell Pro Essential 14 dan 15 berkongsi spesifikasi dalaman yang sama dengan perbezaan utama hanya pada saiz skrin. Dell Pro Essential 14 hadir dengan skrin 14 inci yang menawarkan pilihan panel FHD+ (400 nits) atau 2.5K (500 nits). Sementara itu, Dell Pro Essential 15 menggunakan skrin 15.3 inci FHD+ dengan kecerahan 400 nits.

Kedua-duanya ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Celestial Blue dan Platinum Silver yang menggunakan bahan sejenis Plastic Resin. Ini dipadankan dengan CPU Intel Core generasi ke-3 termasuk Core 7 360 dan 350, Core 5 330 dan 320 serta Core 3 315 dan 304. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh memilih CPU AMD Ryzen 7 250, Ryzen 5 220 atau Ryzen 3 210 sekali gus menjadikan siri ini lebih banyak pilihan mengikut keperluan dan bajet.

Ia turut menyokong memori sehingga 32 GB DDR5 5600 MT/s bersama storan 1TB SSD. Selain itu, ia dilengkapi pembesar suara stereo dengan Realtek ALC3356B Audio Controller serta Dolby Atmos Core. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 54Wh dengan sokongan pengecasan sehingga 65W.

Pilihan I/O pula merangkumi 2 x port USB 3.2 Gen 2 (10 Gbps) dengan Power Delivery dan DisplayPort, 2 x port USB 3.2 Gen 1, 1 x port HDMI 2.1, 1 x port RJ45 Ethernet 2.5 GbE, bicu audio 3.5mm dan slot keselamatan jenis wedge lock. Bagi yang berminat, Dell Pro Essential 14 dan 15 tersedia di Malaysia dengan harga bermula RM3,998.76.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts