“Masih Bincang, Yang Penting Hormat..” – Dapat Ibu Mentua Muda, Hantaran Menantu Datuk Abdah Alif Curi Tumpuan Ramai

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 08 Sep 2026 03:01:00

“Selamat datang ke keluarga kami, ayah. Kami sangat gembira untuk ayah.”

Demikian ucapan menantu kepada legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif susulan perkahwinan baharu bapa mentuanya yang menjadi perhatian ramai.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, wanita menggunakan nama akaun @efafatyhafadzir itu memuat naik gambar Abdah bersama isteri baharunya serta beberapa ahli keluarga ketika majlis perkahwinan pasangan tersebut.

ABDAH

Dalam gambar berkenaan, Abdah dan isteri baharunya kelihatan mengenakan persalinan serba putih sambil duduk di atas pelamin, ditemani anak lelaki Abdah bersama isterinya serta cucu-cucu legenda bola sepak itu.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung memberi gambaran bahawa perkahwinan Abdah bersama wanita pilihannya mendapat restu dan diterima baik oleh ahli keluarga, meskipun pasangan berkenaan mempunyai jurang usia yang agak besar.

Perkongsian itu turut mengundang perhatian pengguna media sosial yang tertanya-tanya mengenai hubungan wanita berkenaan dengan Abdah dan isteri baharunya.

ABDAH

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Abdah, 72, sah menamatkan zaman bujang selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya pada 27 Ogos lalu.

Perkara itu disahkan rakannya yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, tular sekeping gambar memaparkan Abdah bersama seorang wanita yang dipercayai pasangannya dengan kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon berwarna putih sehingga menerima pelbagai reaksi serta ucapan tahniah daripada orang ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

n
2026-09-07 10:34:10

Pemain Bola Sepak Harimau Malaya Usia 72 Tahun Nikahi Wanita Usia 20 Tahun, Keluarga Sahkan

“Masih Bincang, Yang Penting Hormat..” – Dapat Ibu Mentua Muda, Hantaran Menantu Datuk Abdah Alif Curi Tumpuan Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts