by Oh! Semput
AEON Credit kini membuat kejutan dan memperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia, sokongan pembayaran dengan imbawasan wajah, dinamakan FacePay. Perkhidmatan ini ditawarkan di Pasaraya AEON KL MidTown sahaja, dan tertakluk kepada pelanggan AEON Credit sahaja buat masa ini.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu mendaftar FacePay menggunakan AEON Wallet (bukan AEON Bank), seterusnya melakukan pembelian di AEON Supermarket KL Midtown, dan memilih FacePay pada kaunter layan diri. Pengguna seterusnya hanya perlu imbas wajah, dan menyelesaikan pembayaran, tanpa perlu mengeluarkan dompet atau mengimbas kod QR.
Ciri ini diuji oleh AEON sehingga 31 DIsember 2026 kelak. Untuk makluman, ciri lebih kurang sama sedia digunakan di China. Sebelum ini juga, pihak Zus pernah memperlihatkan sokongan menerima pembayaran dengan imbasan wajah hasil kerjasama dengan AyeFace, namun tidak dilancarkan umum setakat ini.