MV ‘Fallen Angel’ Jennie BLACKPINK Dikecam, Didakwa Sarat Unsur Pemujaan Dan Satanic

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 29 Aug 2026 03:01:03

Anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie, berdepan kecaman segelintir netizen selepas muzik video (MV) terbaharunya, Fallen Angel, didakwa memaparkan unsur pemujaan serta simbolik yang dikaitkan dengan perkara satanic.

Perkara itu menjadi perbualan di media sosial apabila beberapa pengguna meluahkan rasa kurang senang terhadap konsep dan visual yang dipaparkan dalam MV berkenaan.

Advertisement

Antara yang menjadi perhatian ialah beberapa babak yang didakwa menampilkan elemen gelap, ritual, lilin serta kanak-kanak memegang lilin.

Seorang pengguna media sosial mendakwa konsep tersebut bukan sekadar elemen seni dan mempersoalkan penggunaan simbol serta visual berkenaan dalam MV.

“Sorry eh fans Jennie, aku nak speak up sikit. Yang still in denial pasal ‘Fallen Angel’ tu, tengok je scene dalam MV, ritual, budak kecil pegang lilin, dark and satanic elements.”

Pengguna tersebut turut mempersoalkan sekiranya elemen berkenaan sekadar digunakan sebagai konsep seni.

jennie

“Kalau betul just ‘art,’ why include all that?”

Dalam perkongsian sama, pengguna itu turut mengaitkan perubahan imej Jennie dan Lisa selepas kedua-duanya mula memasuki pasaran Barat menerusi kerjasama dengan agensi antarabangsa.

Malah, seorang lagi pengguna mendakwa turut merasakan perubahan terhadap gaya dan imej Jennie sejak era BLACKPINK bersama YG Entertainment.

“I do feel like Hollywood has its own dark side. Ever since Jennie & Lisa joined that Hollywood agency, their style, image & whole vibe just changed.”

Bagaimanapun, dakwaan netizen tersebut merupakan pandangan dan tafsiran individu terhadap konsep MV, dan tidak membuktikan bahawa Jennie atau pihak produksi benar-benar melakukan pemujaan atau mempunyai kaitan dengan amalan satanic.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hj
2026-08-24 12:58:22

"Hanya Saloma Biduan Negara" - Individu Pertikai Gelaran Anugerah Biduanita Negara Milik Siti Nurhaliza, Respon Tuan Badan Buat Ramai Terhibur

MV ‘Fallen Angel’ Jennie BLACKPINK Dikecam, Didakwa Sarat Unsur Pemujaan Dan Satanic first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts