Pasaran Telefon Pintar Di Asia Tenggara Merudum Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 12 Tahun

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 28 Aug 2026 04:00:19

Pasaran telefon pintar Asia Tenggara mencatatkan penurunan ketara pada suku kedua 2026, dengan jumlah penghantaran susut 23% tahun ke tahun kepada 19.3 juta unit, sekali gus merupakan tahap terendah sejak 2014 dahulu.

Namun, walaupun jumlah unit menurun, nilai pasaran kekal kukuh pada $6.6 bilion kerana harga jualan purata (ASP) meningkat 31% kepada $342.

Omdia dalam laporan berkata, segmen telefon pintar bajet bawah $100 mengalami kejatuhan mendadak, apabila permintaan pengguna beralih ke kategori peranti berharga $100–199 yang kini menyumbang 39% daripada keseluruhan penghantaran.

Omdia turut mendapati, strategi vendor utama turut berubah di mana Samsung meningkatkan harga model Galaxy A07 dan A17, sekali gus melonjakkan pegangan pasaran dalam segmen $200–299 daripada 18% kepada 32%.

Xiaomi menyaksikan ASP naik 43.5% tetapi penghantaran jatuh 21%, dengan segmen bajet merosot 69% sementara kategori pertengahan meningkat 55%.

TRANSSION pula masih bergantung pada segmen peranti permulaan, menyebabkan penghantaran bawah $100 jatuh 47%.

Sementara OPPO hampir meninggalkan pasaran bajet dengan penurunan keseluruhan 41%, manakala vivo mengalihkan model murah ke atas $100, menyebabkan kejatuhan 88% dalam segmen bawah $100.

Pegangan pasaran telefon pintar di Asia Tenggara bagi suku ke-2 2026. : Omdia.

Omdia menjangkakan penghantaran telefon pintar Asia Tenggara akan terus merosot 25% sepanjang 2026 kepada 75.3 juta unit, dengan Indonesia dan Filipina paling terkesan.

 

“Asia Tenggara sedang menuju ke arah penguncupan tahunan paling curam dalam sekurang-kurangnya tujuh tahun. Omdia meramalkan penghantaran telefon pintar di rantau ini akan jatuh 25% YoY kepada 75.3 juta unit pada tahun 2026. Le Xuan Chiew, Pengurus Penyelidikan di Omdia.

Kenaikan harga komponen memori dijangka akan menambahkan lagi tekanan ke atas kos pada separuh kedua tahun ini.

{suggest}

Pasaran Telefon Pintar Di Asia Tenggara Merudum Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 12 Tahun WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts