“Mereka Pengotor, Saya Tak Akan Datang Lagi” – Family Mart Jepun Benarkan Pekerja Muslim Bertudung, Reaksi Rakyat Sana Undang Kontroversi

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 27 Aug 2026 10:01:24

Langkah terbaharu rangkaian kedai serbaneka terkenal Jepun, FamilyMart, dalam memperkenalkan polisi kod pakaian yang lebih fleksibel mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi polisi baharu itu, pekerja FamilyMart kini diberi kebebasan memilih warna rambut selain pekerja wanita beragama Islam dibenarkan memakai tudung ketika bertugas.

Advertisement

family mart

FamilyMart Perkenal Kod Pakaian Lebih Fleksibel

Perubahan tersebut turut menyaksikan FamilyMart memperkenalkan seragam baharu buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun.

Rekaan terbaharu itu menampilkan T-shirt serta pilihan berlengan panjang sebagai sebahagian daripada usaha syarikat menyediakan pakaian yang lebih fleksibel kepada pekerja.

Dalam usaha memperkukuhkan pengambilan tenaga kerja pula, FamilyMart turut memperkenalkan sesi temu duga secara dalam talian dan rakaman video.

Syarikat berkenaan juga merancang untuk memperluaskan jenama pakaian Convenience Wear serta rangkaian barangan haiwan peliharaan.

Ada Netizen Jepun Tidak Setuju

Bagaimanapun, keputusan membenarkan pemakaian tudung ketika bertugas menerima reaksi bercampur daripada sebahagian pengguna media sosial di Jepun.

Family mart

Antara perkara yang dipersoalkan ialah aspek kebersihan, khususnya apabila tudung dianggap mungkin dipakai dari luar sebelum pekerja memasuki tempat kerja.

Ada juga pengguna yang menyuarakan rasa tidak puas hati serta menggesa kempen boikot kerana beranggapan syarikat tempatan tidak sepatutnya terlalu mengikut kehendak tenaga kerja asing.

Antara komen yang dikongsikan termasuk:

“Tak bersih, saya tidak akan datang lagi Family Mart.”

“Nampaknya Famima (merujuk Family Mart) telah membenarkan pemakaian tudung. Oleh itu, saya tidak akan beli apa pun dari Famima.”

“Sebelum ini Uniqlo, sekarang Family Mart pula. Sejujurnya saya tak selesa dengan trend di mana syarikat Jepun mula mengadaptasi budaya luar ke dalam syarikat dan bukan sebaliknya,”

Model Tudung FamilyMart Beri Respons

Sementara itu, wanita yang menjadi model tudung bagi kempen FamilyMart tersebut tampil memberikan respons terhadap reaksi yang timbul.

Menurutnya, dia sudah menjangkakan langkah berkenaan akan mendapat perhatian ramai.

“Saya cuma mahu mengucapkan terima kasih atas segala kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Jangan bimbang, saya berada dalam keadaan baik sahaja,” katanya menerusi hantaran di laman sosial.

Suaminya turut memberikan pandangan mengenai perkara tersebut dan menganggap reaksi negatif daripada sesetengah pihak tidak perlu diperbesarkan.

Menurutnya, pengalaman isterinya ketika menghadiri pelancaran itu adalah positif apabila mereka menerima sokongan daripada warga kerja FamilyMart.

Malah, pasangan tersebut turut berpeluang duduk semeja dan berbual bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-08-27 16:05:50

Guru Mohon Bantuan Titi Untuk Ke Sekolah, Respon Pantas Fadhlina Sidek Jadi Tumpuan - "LULUS Ya Cikgu"

“Mereka Pengotor, Saya Tak Akan Datang Lagi” – Family Mart Jepun Benarkan Pekerja Muslim Bertudung, Reaksi Rakyat Sana Undang Kontroversi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts