Discord Disaman $97 Juta Oleh Kerajaan Brazil Kerana Gagal Menjamin Keselamatan Pengguna Kanak-Kanak

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 27 Aug 2026 10:31:10

Discord, platform lepak, permesejan dan perkongsian digital untuk gamer baru-baru ini telah disaman oleh kerajaan Brazil sebanyak $97 juta kerana kegagalan dalam memastikan keselamatan para pengguna bawah umur di platform tersebut.

Badan perlindungan data Brazil, iaitu National Data Protection Authority (ANDP) telah menyaman Discord untuk angka yang dinyatakan dan memaksa Discord untuk memperkenalkan mekanisma-mekanisma keselamatan digital seperti sistem pengesahan umur, ciri pengawasan oleh ibu-bapa dan penjaga, tapisan kandungan dan sebagainya, dan untuk setiap hari ciri-ciri ini tidak diperkenalkan, mereka akan disaman $97,099.

Discord

ANPD juga telah mengharamkan fungsi penstriman pada aplikasi Discord pada awal tahun ini, mengatakan bahawa ia akan memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak dan remaja di negara tersebut kerana tiada panduan dan penyeliaan dari ibu-bapa.

Discord juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini, mengatakan bahawa tindakan kerajaan Brazil dilihat sebagai agak keterlaluan, khususnya dengan angka saman setiap hari tersebut. Discord turut mengatakan bahawa mereka telah mengetengahkan langkah-langkah yang bersesuaian untuk memperbaiki ciri-ciri keselamatan aplikasi tersebut dan juga pelaburan kewangan.

Jorge Messias, Ketua Pendakwa Raya Brazil pula mengatakan bahawa tiada sebarang perjanjian telah dimeterai dengan Discord, dengan satu isu besar yang diperlihatkan ialah mereka mahu Discord untuk memastikan operasi syarikat mereka menuruti undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Brazil, dan salah satu daripadanya ialah untuk Discord membuka perniagaan di negara tersebut.

: Reuters

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts