Posting ‘2019-2026’ Cetus Tanda Tanya, Ini Jawapan Isa Khan Mengenai Rumah Tangga Dengan Risteena

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 27 Aug 2026 03:01:08

Pelakon dan penyanyi, Isa Khan, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengaitkan status rumah tangganya bersama aktres Nur Risteena.

Isa, 33, berkata terdapat perkara tertentu yang tidak wajar dikongsikan kepada umum, terutama apabila ia melibatkan kehidupan peribadinya.

Advertisement

“Tak ada apa-apa yang saya nak komen pun. Tak ada saya nak mendiamkan diri cumanya bagi saya, hal peribadi biarlah kekal menjadi peribadi.

“Ada benda yang kita boleh kongsikan kepada umum dan ada benda yang kita kena simpan untuk diri sendirilah. Tak semua benda yang kita perlu kongsi dengan orang lain,” katanya kepada Gempak.

Isa berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan kumpulan baharunya, K4LAM, yang turut dianggotai Dani, Zul dan Alif di The Aurum Theatre, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Spekulasi Rumah Tangga Isa Khan Dan Risteena Jadi Perhatian

Sebelum ini, status rumah tangga Isa Khan dan Risteena menjadi perhatian selepas pelakon tersebut memuat naik satu perkongsian di media sosial.

Isa, atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, sebelum ini turut memuat naik foto berlatar belakang hitam dengan tulisan “2019-2026”.

Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa hubungan Isa dan Risteena mungkin sudah menemui titik noktah.

Bagaimanapun, Isa menjelaskan bahawa perkongsian berkenaan tidak membawa sebarang maksud berkaitan kehidupan peribadinya.

Isa Anggap Perkongsian Di Media Sosial Sekadar Gurauan

Menurut Isa, dia sememangnya gemar bergurau menerusi media sosial dan tidak mempunyai niat untuk mengaibkan mana-mana pihak.

“Taklah, saya memang suka bergurau-gurau saja kat sosial media tu. Saya tak mengaibkan sesiapa pun sebenarnya, tapi somehow apa yang kita post tu penerimaan orang kan berbeza.

“Kadang kita post benda baik orang fikir begitu begitu. I tak boleh ubah apa yang orang fikirkan.

“Macam mana cara orang berfikir tu saya tak boleh ubahlah cuma saya tak ada mengaibkan mana-mana pihak.

“Saya cuma bergurau sendiri, itu saja. Tak ada maksud apa-apa pun,” ujarnya.

Dalam masa sama, Isa sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak mahu perkongsian di media sosialnya disalah tafsir sebagai gambaran mengenai masalah rumah tangga.

Untuk rekod, Isa mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada aktres Ruhainies pada 12 Mac 2021. Pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

risteena
2026-08-24 11:19:14

Risteena Munim Kongsi Impian Timang Anak Sendiri, Status Rumah Tangga Jadi Tanda Tanya

Posting ‘2019-2026’ Cetus Tanda Tanya, Ini Jawapan Isa Khan Mengenai Rumah Tangga Dengan Risteena first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts