Bank Negara Malaysia Denda Setel Kerana Gagal Mematuhi Keperluan Berkaitan Sekatan Kewangan Bersasar

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 27 Aug 2026 03:30:56

Bank Negara Malaysia kini mengenakan denda atau penalti terhadap Setel Ventures Sdn Bhd, pengurus disebalik aplikasi Setel yang sinonim dengan pengisian minyak di Petronas, disamping turut digunakan sebagai dompet digital. Denda terhadap Setel ini dikenakan kerana kegagalan mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar oleh Setel.

Setel dikenakan denda sebanyak RM637,000 atas kegagalan ini. Ini termasuk kerana gagal mengemaskini pangkalan data sekatan sebaik sahaja Senarai Domestik diterbitkan. BNM menyatakan ketidakpatuhan ini adalah disebabkan oleh kelemahan dalam prosedur operasi standard dan sistem saringan sekatan di Setel.

Setel telah melakukan pembayaran ini pada bulan Mei 2026 lepas. BNM turut memaklumkan yang mana Setel telah menjalankan langkah-langkah pemulihan dengan mengemaskini dan membaiki kelemahan prosedur operasi standard, serta menambah-baik sistem dalaman dalam terus memastikan kepatuhan terhadap keperluan yang telah ditetapkan – terutamanya berkaitan sekatan kewangan bersasar.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts