by Oh! Semput
Lumut: Panglima Angkata Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin yang akan bersara wajib, 16 Disember ini.
Beliau diraikan dalam Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), di sini, hari ini.
Istiadat perbarisan bermula 7.30 pagi.
Ia membabitkan 38 pegawai dan 878 anggota daripada 12 kontinjen yang diketuai Komander Azmin Zar Abd Rashid.
Ia membabitkan panji-panji iaitu Kapal DiRaja (KD) Pelandok, KD Malaya, KD Panglima Hitam, KD Rajawali dan KD Duyong.
Turut hadir, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Zulkifeli sudah berkhidmat dalam pasukan tentera sejak 44 tahun lalu dan memegang jawatan panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak Jun 2011.
Tampuk pemerintahan ATM yang diterajui Zulkifeli sejak lebih empat tahun lalu akan digalas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, 16 Disember ini.
Category: Semasa