Fasha Sandha Bawa Kekasih Ke Majlis Resepsi

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 08 Aug 2017 11:51:42

Memenuhi undangan ke majlis resepsi pelakon Ummi Nazeera baru baru ini, Fasha Sandha nampaknya tidak hadir seorang diri ke majlis tersebut namun bersama seorang lelaki yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon wanita tersebut.

BACA: ‘Kawan Rapat’ Luah Rasa Rindu Pada Fasha Sandha

Sebelum ini, Fasha enggan mendedahkan status hubungannya bersama lelaki tersebut dan hanya menyatakan bahawa mereka hanyalah berkawan rapat. Bagaimanapun peminat sendiri sudah dapat menjangkakan bibit cinta di antara mereka.

Apa yang pasti, kehadiran pasangan ini di majlis resepsi Ummi ternyata memberikan gambaran yang lebih jelas tentang hubungan mereka. Malah Fasha turut memuatnaik gambar jejaka berkenaan yang mirip pemain bola Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Jika benar seperti apa yang dijangka peminat, semoga segala perjalanan pasangan ini menuju hari bahagia dipermudahkan. (rtky/s)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts