by Oh! Semput
Biarpun menerima pelbagi reaksi negatif dari peminat berikutan pembabitannya dalam bidang nyanyian namun ia tidak mematahkan semangat Fazura untuk meneruskan minatnya itu. Terbaru, beliau mengumumkan bakal berduet pula bersama Fattah Amin untuk lagu tema Hero Seorang Cinderella.
“Ya, saya baru dapat pengesahan tentang lagu itu daripada pihak pengurusan hari ini. Saya dan Fattah akan menyanyikan lagu duet berjudul sama dengan drama tersebut, Hero Seorang Cinderella. Sepatutnya malam ini kami kena masuk studio untuk rakaman tetapi masing-masing sibuk”
Manakala berbicara pula mengenai pengalaman pertama bergandingan bersama, Fazura menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Fattah berlakon seperti ‘kayu’. Dan mungkin juga kerana tanggapan sesetengah orang membuatkan lakonan beliau sedikit terkesan.
“Fattah berlakon dengan baik, ada bakat cuma dia masih takut nak cungkil lagi. Mungkin juga kerana dia sedikit terkesan dengan pendapat orang. Saya minta dia luangkan masa dengan saya di set penggambaran supaya kami dapat keserasian sebagai pasangan kekasih,” katanya
Baca lagi: Fazura Ramal Fattah Amin Menang Besar ABPBH 3.0