Fazura: Melayu Suka Komen, Cerita Hal Orang Lain

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Oct 2016 03:00:02


Mana mungkin dapat menutup mulut orang ramai, lebih lebih lagi jika anda melakukan sesuatu yang tidak kena di mata mereka. Tanggapan sebegitu membuatkan Fazura menyifatkan segelintir masyarakat Melayu gemar untuk bercerita dan memberi komen.

BACA: Fazura Tidak Tunduk Dengan Kritikan Peminat

“Saya sudah lama berada dalam industri dan saya sudah lali (dikritik). Memang hobi orang Melayu kita untuk bercerita dan memberi komen fasal orang lain. Sejujurnya, saya tidak peduli kata orang dan saya tetap akan menjadi diri saya dan terpulang kepada anda semua (untuk menilai),” jelasnya kepada mStar Online.

Mengakui sudah lali dengan kritikan dan juga cemuhan yang diterima sepanjang berada di dalam industri seni tanah air, baru baru Fazura sekali lagi menjadi mangsa kritikan warga laman sosial.

Video persembahannya pada konsert Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1) awal Oktober lalu mendapat kecaman hebat kerana ada yang menyifatkan Fazura tidak layak untuk menjadi penyanyi namun kritikan negatif sedemikian membuatkan dia lebih bersemangat untuk berjaya. (rtky/s)

7-fazura_-melayu-suka-komen-cerita-hal-orang-lain-rotikaya 6-fazura_-melayu-suka-komen-cerita-hal-orang-lain-rotikaya 5-fazura_-melayu-suka-komen-cerita-hal-orang-lain-rotikaya 4-fazura_-melayu-suka-komen-cerita-hal-orang-lain-rotikaya 3-fazura_-melayu-suka-komen-cerita-hal-orang-lain-rotikaya 2-fazura_-melayu-suka-komen-cerita-hal-orang-lain-rotikaya

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...