372 PATI Filipina dihantar pulang menerusi Sandakan

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 14 Dec 2016 08:00:25

SANDAKAN: Seramai 372 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke Zamboanga, Filipina dengan menaiki feri dari Pelabuhan Sandakan, semalam.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Rodzi Md Saad, berkata daripada jumlah itu, 370 PATI adalah lelaki dewasa dan dua kanak-kanak lelaki yang kesemuanya berusia antara enam hingga 62 tahun.

Mereka terdiri daripada PATI yang ditahan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya sejak 1 Januari lalu sehingga hari ini, seramai 22,213 PATI Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara dihantar pulang ke negara masing-masing dari negeri ini.

Katanya sejak 15 November lalu hingga ke hari ini, 3,765 PATI Filipina telah dihantar pulang menggunakan feri.

Beliau berkata sejak 1990 sehingga kini, seramai 552,154 PATI telah diusir dan pulang secara sukarela ke negara mereka.

Rodzi berkata usaha penghantaran pulang PATI dipertingkatkan selaras dengan komitmen dan janji kerajaan untuk terus menghalang kemasukan PATI di negeri ini. – BERNAMA


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts